Fertigasi
_Fertigasi bermaksud
sebuah teknologi yang merujuk kepada sistem tanaman tanpa tanah dan
setiap tanaman mempunyai kawalan perairan dan pembajaan secara automatik
dengan kadar yang kita tentukan. Perkataan FERTIGASI berasal dari
percantuman dua perkataan ‘fertilization’ dan ‘irrigation’ iaitu proses
pembajaan dan pengairan dijalankan serentak. Fertigasi lebih merujuk
kepada tanaman tanpa menggunakan tanah. Cara ini juga adalah untuk
mengelakkan tanaman daripada dijangkiti penyakit akar seperti
Phytium,Fusarium,Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang dibawa oleh
tanah.
APAKAH ITU FERTIGASI?
Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan irrigation. Penanaman kaedah Fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan kepada usahawan. kaedah tanaman ini adalah yang terbaik dan berdaya maju.Pengurusan yang cekap merupakan aspek paling penting dalam menjamin kejayaan pengeluaran tanaman secara fertigasi. Bakal pengusaha atau usahawan mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang cukup sebelum memulakan langkah menanam secara fertigasi.
Tambahan pula, ia juga merupakan satu kaedah terkini di mana penggunaan dan pengagihan bahan-bahan mineral dalam pengurusan tanaman dilakukan melalui sistem pengairan yang biasa digunakan untuk pengagihan baja ialah jenis titisan. Sistem pengairan jenis renjis atau lain-lain lebih cenderung untuk pengagihan bahan kimia seperti racun serangga, kulat, semburan hormon dan lain-lain.
TUJUAN FERTIGASI ( http://devijohn87.blogspot.com/2012/05/fertigasi.html)
Tujuan penanaman secara fertigasi ialah untukmengelakkan tanaman daripada dijangkiti oleh penyakit akar seperti penyakit Pythium, Fusarium dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya adalah jenis-jenis penyakit bawaan tanah. Penyakit lain yang dianggap merbahaya ialah penyakit hawar pucuk dan Antraknos pada tanaman cili. Bagi membolehkan kaedah ini dilaksanakan, seseorang pengusaha itu mestilah mempunyai rumah tanaman yang lebih dikenali sebagai Struktur Pelindung Tanaman (SPT).
Tempoh untuk semaian di tray antara 2-3 minggu dan lepas tu dipindahkan ke polibeg. Pokok akan membesar di polibeg antara 5-6 bulan. Setelah pokok dipindahkan ke polibeg, penggunaan baja fertigasi AB perlu dimulakan tetapi dengan kadar 1.5 ec pengukuran baja menggunakan EC Meter. Ia akan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk mengeluarkan putik bunga pertama di setiap cabang yang terjadi. Untuk membesarkan buah sehingga bertukar merah boleh dijual memerlukan tempoh lebih kurang 3 bulan setelah dipindahkan dari tray ke polibeg. Pada peringkat ini penggunaan baja adalah antara 2.0 ke 2.5 EC. Ini bermakna pada penghujung bulan ke tiga setelah dipindahkan hasil tuaian pertama di cabang permulaan boleh dipetik dan di jual.
Tuaian boleh dilakukan antara 2-3 kali seminggu bagi setiap pokok bergantung kepada permintaan pelanggan di cabang seterusnya. Tuaian boleh dilakukan sehingga pokok berusia 6 bulan di dalam polibeg. Ini bermakna 3 minggu semaian, 3 bulan tanam dan 3 bulan tuai dan jual hasil. Pendapatan hanya boleh diperolehi pada peringkat 3 bulan cili besar boleh dijual.
KAEDAH FERTIGASI
Dua asas utama fertigasi iaitu baja (dalam bentuk larutan) dan sistem pengairan. Bekas tanaman dan jenis media adalah altenatif mengatasi masalah penanaman. Media bukan tanah (soiless culture) seperti pasir, arang dan habuk sabut digunakan bertujuan mengatasi masalah kesesuaian atau penyakit tanah. Media diisi di dalam bekas seperti polibeg atau pasu bersaiz tertentu untuk memenuhi keperluan zon perakaran tanaman yang optima sesuai sesuatu tanaman.
Fertigasi dipraktikkan sebagai satu kaeadah altenatif. Penerimaan dan penggunaan kaedah ini masih rendah pada masa sekarang tetapi akan menjadi suatu kaedah yang amat diperlukan pada masa akan datang. Untuk mendapat faedah yang optima daripada kaedah ini, biasanya semua langkahawal diambil perhatian termasuk sifat mediayang baik dan sesuai unutk jenis-jenis tanaman. Jenis dan bekas tanaman dan formulasi baja (nutrien) yang seimbang. Bekas tanaman yang digunakan dan diletakkan tanpa mencecah tanah adalah sebagai langkah pencegahan merebaknya patogen daripada tanah.
Dalam situasi begini media tanaman bukan tanah tidak mengandungi nutrien yang seimbang atau mencukupi untuk keperluan pertumbuhan pokok. Kaedah ini juga boleh dipanggil hidroponik beraggregat atauhidroponik titisan. Oleh itu, prestasi tanaman sangat dipengaruhi oleh kualiti nutrien (keseimbangan, kepekatan, pH, kualiti) mutu air dan input yang dibekalkan.
Secara ringkasnya, kaedah penanaman secara fertigasi adalah kaedah moden yang praktikal, mengikut amalan pertanian baik (GAP), sentiasa di dalam kawalan menuju ke arah ‘precision farming’. Ini sangat penting dalam transformasi teknologi pertanian tinggi.